Monday, March 30, 2009

PENGENALAN



NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI
CA 08059



Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.


Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

6 pendapat:

ictl team said...

Blog yang menarik dan berinformasi. Pihak kami juga mendapat banyak bahan daripada laman ini dan ia amat bersesuaian dengan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.


Drp: Guru PSK

Syarifah Syakina said...

tima kasih..sangat berguna tuk sujek hubungan etnik.

husna said...

thanx 4 the information! sgt berguna! :)

syakira wakawaka said...

thnx..i need this info 4 my sbjek knegaraan.. :)

Husnina Husna said...

Thanks for this information

Property Malaysia said...

Informasi yang amat berguna.

Salam dari kami semua,
Suzanne.
Property Malaysia

Post a Comment